A. SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Rahang
adalah salah sebuah sekolah Melayu pertama yang dibina sebelum Perang Dunia Ke
2. Struktur binaan adalah berasaskan
kayu dan terletak berhadapan dengan tapak SMK King George V sekarang. Struktur asal ini telah diubahsuai dari
bangunan kuaters kolonial lama. Pertambahan populasi sekolah dan pembangunan
bandar menjadikan tapak Sekolah Kebangsaan Rahang yang asal tidak lagi kondusif
untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, kerajaan negeri pada tahun 1976 telah
mengambil keputusan dan mengarahkan Sekolah Kebangsaan Rahang berpindah ke
tapak yang baru yang mana merupakan tapak Sekolah Kebangsaan Rahang hari ini. Lokasi yang baru ini lebih
kondusif. Terletak di Jalan Medan Rahang, 70100 Seremban. Bangunan ini juga terletak 3km dari pusat
Bandar, 2km dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan 5km dari Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban.
Pada awal 2001, pembinaan
bagi tambahan bangunan baru dimulakan bagi menampung keperluan 1 sesi
persekolahan. Awal 2003, bangunan baru
siap dibina. Kini, Sekolah Kebangsaan Rahang berwajah baru. Terdiri dari 5 blok iaitu Blok A, B, C, D dan
E. Blok A dan Blok B menempatkan pelajar
dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Manakala
blok C telah dijadikan bilik darjah bagi Pra Sekolah. Pejabat Pentadbiran dan bilik guru masih lagi
dikekalkan di Blok B. Di Blok D pula iaitu bangunan 3 tingkat, menempatkan
bilik-bilik khas seperti makmal sains, bengkel, bilik seni, bilik muzik, bilik
kaunseling, surau, bilik rawatan dan bilik mesyuarat. Blok E pula terdiri daripada blok 4
tingkat. Blok ini menempatkan pelajar
Tahun 4 hingga 6. Bilik-bilik khas
seperti SPBT, S.A.L, Pusat Sumber dan Dewan Seri Makmur juga terdapat di sini.
Dengan penambahan bangunan baru ini, Sekolah Kebangsaan Rahang telah menjalankan sesi persekolahan secara 1 sesi dan lebih bersistematik pada tahun 2003.
Dengan penambahan bangunan baru ini, Sekolah Kebangsaan Rahang telah menjalankan sesi persekolahan secara 1 sesi dan lebih bersistematik pada tahun 2003.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERBAKTI DI SK RAHANG
NAMA
|
TEMPOH
|
En Md Nor bin Ibrahim
|
16.02.77 - 14.08.81
|
En Ahmad bin Saleh
|
15.08.81 - 01.11.82
|
En Zainal bin Habib
|
11.01.82 - 10.06.83
|
Tn Hj Kamarudin bin Kamat
|
10.06.83 - 27.01.87
|
Tn Hj Omar @ Alias b. Hj Othman
|
28.01.87 - 16.11.87
|
Tn Hj Mohd Yusof bin Ab. Manan
|
16.11.87 - 16.10.92
|
Pn Hjh Chesom Dato’ Thamby Chik
|
16.10.92 - 05.03.96
|
En Ismail bin Ab. Rahman
|
15.11.96 - 17.03.98
|
En Tamyes bin Saimun
|
17.03.98 - 20.05.99
|
En Salamat bin Jasman
|
21.05.99 - 27.05.01
|
Pn Hjh Fatimah bt Ghafar
|
28.05.01 - 06.05.02
|
En Jamil bin Sidek
|
16.05.02 - 15.07.03
|
Pn Hjh Siti Zahara bt Hj Jamaludin
|
16.07.03 - 15.04.05
|
Pn. Hanifah bt. Ali
|
01.05.05 - 02.05.06
|
En. Mat Sani b. Piai
|
15.06.06 - 25.08.07
|
En. Mohd Tamyes b. Saimun
|
30.08.07 - 31.01.11
|
Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Koleh
|
31.01.11 – 27.12.15
|
Pn Rahimah bt Ibrahim
|
28.12.15 - Sekarang
|
B. MISI
“ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI
TERBILANG "
C. VISI
“MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI "
D. COGANKATA SEKOLAH
“ ILMU SULUH KEHIDUPAN "
E. PRINSIP JUANG PELAJAR SEKOLAH
“ SASARANKU JUARA ! "
F. LOGO
SEKOLAH
assalam. pakcik grad 1975. almarhumah cikgu hjh. che nah tetap dhati.
ReplyDeletealfatihah untuk semua sama ada yg masih hidup dan yg telah kembali kepangkuanNya.
Wlkmslm, saya pun grad 1975. Almarhumah Che Nah guru saya juga. Boleh saya tahu siapa nama tuan?
DeleteSaya mencari kalau2 ada gambar bangunan lama sekolah kebangsaan rahang. Siapa ada pls share ya
DeleteSkr guru besar Baru..puan Rahimah binti ibrahim
ReplyDeleteSaya pernah bersekolah di sekolah ini dari 1983 hingga 1988.
ReplyDeleteSaya pernah bersekolah di sekolah ini dari 1983 hingga 1988.
ReplyDeletePencapaian sekolah ini agak baik...semoga maju jaya👍👍
ReplyDeleteSaya bersekolah disini dari 1974 hingga 1979
ReplyDeleteSy bersekolah disini dari 2005 hingga 2008
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete
ReplyDeleteLa haziq rupenya ... Ko ad fb x ? Dah lama lost kontek ngn kawan² stu kelas kita dulu .. Ni fb aq siti aisyah nasaruddin
Selamat bersara Pn.Dhanaletchumy daripada kawan lama Pn Selvarani selama 34 tahun(1985 hingga sekarang)
ReplyDeletesaya pelajar tahun 1982 ..skr tetap di hati ....paling garang cgu thomas.
ReplyDeleteCikgu thomas ialah atlet pasukan penembak malaysia ke sukan sea. Pandai baca tulisan jawi. Tak pandai main takraw tapi berjaya bawa kami hingga peringkat negeri 1979
DeleteSaya pelajar dari tahun 2014 hingga 2020 ... skr di hatiku...
ReplyDeleteAssalamualaikum saya bekas pelajar tahun 1973 sampai 1977
ReplyDeleteAssalamualaikum saya bekas pelajar sekolah kebangsaan Rahang 1873-1977
ReplyDeletehello
ReplyDelete